TITLE; Ujian Dari-Nya
Monday, 17 December 2012 | 21:46 | 0 comments
Assalammualaikum dan Selamat Pagi :) Harini tergerak hati lagi nak mengupdate blog. Sejak kebelakangan nie ada sesuatu berlaku di luar jangkaan aku. Allahhuakbar. Aku berdoa dan meminta kepada Dia agar aku diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menempuh ujian yang diberikan. Tapi aku hanya manusia biasa yang kadangkala tewas dan kalah dengan perasaan sendiri. Walaupun aku sebegini, tetapi Dia tetap berikan aku kebahagiaan dan kegembiraan walaupun hanya untuk seketika. Sejujurnya, aku sangatlah bahagia. Pada hari yang sama juga aku diuji. Aku kuat kerana aku ada Dia. :')Sekarang aku berserah segala-galanya kepada Dia. Aku dah buat sehabis baik dalam perhubungan kami. Setiap kali lepas solat, tak pernah aku lupa untuk doakan kebahagiaan kami. Allahhuakbar. Ujian kali nie sangat besar buat aku. Dua tahun lebih kami bersama tak mudah untuk aku lepaskan dan lupakan dia macam tu saja. Tak mudah. "Bila dua jiwa sudah sebati tidak mudah untuk dileraikan." Itulah yang aku maksudkan. Aku tak boleh lepaskan dia bukan bermaksud kami dah terlanjur atau buat sesuatu diluar batasan antara lelaki dan perempuan. Faham kan? Aku susah sangat nak lepaskan dia sebab aku sayang dan cintakan dia sepenuh hati aku. :'D Tiada hamba Allah yang lain, hanya dia. Ada jugak orang cakap aku nak sangat dekat dia sebab "dia dari family yang kaya, untunglah hang. Kerja bank pulak tu, ada masa depan. Boleh mintak macam-macam dekat dia, mesti bagi punyalah. Untung untung untung." Dan macam-macam lagi. Ya Allah. Wahai hamba Allah sekalian, aku tak pernah langsung terfikir tu semua. Tak pernah terlintas dalam hati aku. Aku berkawan dengan dia sebab dia seorang yang bertanggungjawab, caring, penyayang dan yang paling penting bagi aku, dia boleh bimbing aku. Aku tak kisah kalau dia bukan dari family yang kaya pun dan tak handsome. Aku tak kisah. Aku boleh terima asalkan dia ikhlas dan jujur dengan aku tu pun dah cukup sangat.
Walaupun aku terasa hati, tapi Alhamdulillah. Dia adalah kurniaan Allah yang paaaaaling berharga dan tak ternilai. Aku bersyukur sangat-sangat. Dah lama aku maafkan dia. Kan setiap manusia tak pernah lari dari kesilapan. Samalah jugak macam aku. Pertemuan aku dengan dia dulu diluar jangkaan so, tak mustahil la jugak kan kalau perpisahan aku dengan dia nanti diluar jangkaan jugak. Itu semua kerja Yang Maha Esa. Mungkin itulah yang terbaik untuk aku atau ada yang lebih baik untuk aku pada masa akan datang. Aku hanya perlu banyakkan bersabar. InsyaAllah. Sesungguhnya, aku sangat berharap yang terbaik untuk kami.
Janji Allah Itu Pasti! :')
TITLE; Aku Sayang Dia ♥ ;')
Sunday, 2 December 2012 | 07:02 | 0 comments
Saya Lawa, Dia Comey. Hee :D
Assalammualaikum :) By the way, semangat nak mengupdate entry baru disebabkan gambar tu. Suka gila. Dalam gambar tu "Saya Lawa, Dia Comey" tau. Hihihi. Aku ja terlebih perasan tapi haa Dia memang comey pun. Seriously. K, pada awalnya tengok gambar nie dekat album haritu aku nampak hodoh sangat. Tapi bila Si Comey nie amik gambar nie jadikan profile picture dia, suddenly nampak Suweeeet sangat. Suka suka :) Then, terus download dan uploadkan ke dalam blog. Okenggg, actually kami dua memang berkawan baik since last year time tu form 3. Punca berkawan? Erm, apa eh? Alaaa, lupa macam mana mula-mula kami boleh berkawan dulu tapi aku ikhlas berkawan dengan dia tau. Dia baik sangat dengan aku. Dulu masa mula-mula berkawan rasa segan dengan dia mungkin sebab baru nak sesuaikan diri. Punyalah cover perangai buruk aku nie kat dia. Haha. Tapi bila dah lama berkawan dia tau jugak perangai buruk aku nie haa. Hihi. Nak tau tak? Dia bukan kawan aku lagi tapi dia Sahabat aku duniawi dan ukhrawi. InsyaAllah. Bagi aku just dia sorang ja yang paling memahami aku dalam semua kawan-kawan aku yang lain. Dia tau bila aku happy ataupun tak. Semua masalah aku, aku cerita dekat dia ja. Sebab dialah orang yang paling aku percaya. Kami suka bergossip. Akulah yang duk mengajar dia benda buruk tu. Hihi. Jahatnya aku. Tapi aku happy dan bersyukur sesangat ada kawan macam dia. Time aku susah dia ada, time aku senang pun dia ada. Itulah yang aku namakan dia sahabat sejati yang sangat sukar dicari. Alhamdulillah, berharap semoga kita kekal macam nie tau. Takda dia, hidup aku tak complete. Kadang-kadang kan, bila aku dengan dia, aku rasa kami nie macam couple tau dak. Mesra taktau nak cakap macam mana. Bila mesej, panggilan kami sayang, babe, darling dan sewaktu dengannya lah. Aku takut jugak kekadang Ter-send dekat bf aku. Haha. Yelah, mau taknya dia tanya nanti, kalau aku explain mesti tak caya punyalah. Mampuih. Hahaha. Kalau aku pun tak caya jugak. Hihihi. K, masing-masing kuat cemburu. Actually, aku tak kisah sangat pun, aku selesa macam nie. Asalkan aku bahagia dengan babe aku. Tapi alhamdulillah aku punya sahabat seperti dia. Nanti dah lepas SPM jangan lupa kami tau, kita macam nie jugak tau? Janji? Haaaa, one more things. Nanti awak jadi pengapit kite eh? Jangan lupa. Hihi :D
Last but not least, kami harap semoga hubungan kita kekal forever. Tapi andaikata kalau kita bergaduh, tetap jangan tinggal kami tau. Kita kawan macam nie lagi k? Semoga SPM nanti ampa dapat straight A's. InsyaAllah, boleh. Kita study sesama dekat library nanti. Pastu, semoga berbahagia dan kekal dengan Hafiz Nazmi tau. Ameen Ameen. :) Senang cakap, apa yang dihajati dalam hidup ampa semuanya dimakbulkan Allah. Dan kita tetap suweeet macam nie. Hee :) Anyway, thankyou for being a bestest friend for me. And thankyou too sebab banyak bersabar dengan kerenah kami yang sangat anoyying nie. Kami mintak maaf semua salah dan silap yang kami pernah buat tak kiralah dari apa segi atau ter-singgungkan dan ter-sakitkan hati ampa. I'm sorry dear sweety :) ILOVEYOU. XOXO ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ :-*



When your heart is breaking and your pain makes you fall, Remember just remember Allah sees it all. Lil'lahitaa'la. #Assalammualaikum. (✿◠‿◠).




